Sejarah Anjing Beauce

Satu baka gembala Perancis yang dikenali selama berabad-abad di Eropah barat, anjing Beauce terkenal sebagai salah satu baka yang digunakan untuk mencipta pincer Doberman. Nama rantauannya agak mengelirukan: Baka ini terdapat di seluruh Perancis utara, bukan sahaja di rantau Beauce. Sungguhpun berpenampilan agak berbeza, anjing Beauce dan anjing gembala berbulu panjang, anjing Brie, mencabang daripada ternakan leluhur serupa, mengongsi trait kuku embun kembar pada tungkai belakang. Kedua-duanya digunakan untuk menggembala biri-biri dan lembu. Seperti anjing Beauce, anjing Brie terjumpa di seluruh Perancis utara, dan sungguhpun implikasi daripada namanya, juga tidak datang secara eksklusif dari rantau Brie.

Pada 1809, Abbé Rozier mengarang sebuah rencana tentang anjing-anjing gembala Perancis ini, yang dalamnya dia memerihalkan perbezaan jenis dan menggunakan istilah "berger de Brie" (anjing gembala Brie) dan "berger de Beauce" (anjing gembala Beauce).

Pada 1893, doktor haiwan Paul Megnin membezakan antara berger de la Brie berbulu panjang dengan berger de Beauce berbulu pendek. Dia mentakrifkan piawaian baka ini, dengan bantuan M. Emmanuel Ball. Pada 1922, Kelab Sahabat Anjing Beauce (Bahasa Perancis: Club des Amis du Beauceron) dibentuk di bawah bimbingan Dr. Megnin.

Pada 2008, anjing Beauce muncul buat kali pertama dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club.

Wikiberita mempunyai berita berkaitan: Four new breeds in the Westminster Kennel Club Dog Show.